Sunday, 23 September 2012

PERATURAN DI BENGKEL KIMPALAN




PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KIMPALAN DAN ALAT OXY-ACETYLENE





Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian, pemotongan dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alat Oxy-Acetylene, anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi borang ‘Hot Work Permit’. Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir. Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di sepanjang masa kerja.

Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.


Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka:-

- Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh.
- Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus. 
- Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik.

- Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya
tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang
kering.
- Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan
seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan.
- Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan penebat.
- Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan
berpenebat.
- Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau
di dalam panel kawalan.
- Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salut
penebat.
- Jangan belitkan kabel di keliling badan anda.
- Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah, terkoyak dan bocor.
- Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan
gulungkan kabel tersebut selepas digunakan.
- Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan.
- Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit.
- Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka (welding
shield) yang mempunyai penapis gelap (filter shade) yang sesuai.
- Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja kimpalan dan
pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik.
- Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat operasi menukar
gris kerana pancaran arka boleh menukarkan wap menjadi gas yang bahaya.
- Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin
pelindung atau penghadang.
- Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh
membahayakan kesihatan anda.
- Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan berada terlalu dekat
dengan arka.
- Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap (exhaust) yang
mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda.
- Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan kawasan
bersuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan
kebakaran.
- Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada sebarang bahaya.
- Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api,
bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya.
- Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah 
terbakar, mudah meruap atau mudah meletup.
- Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar
daripada kawasan kimpalan.
- Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahan api.
- Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi
bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya.



Langkah keselamatan semasa menggunakan alat Oxy-Acetylene:-

- Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada sIlinder tanpa alat
pelaras pengurangan tekanan. (Pressure Reducing Regulator).

- Awas! Minyak atau gris akan menjadi terlalu mudah terbakar atau meletup dengan
kehadiran oksigen.

- Sentiasa pastikan alat pelaras bebas dari minyak atau gris. Jangan gunakan
minyak atau gris pada alat pelaras, silinder dan sambungan.

- Jangan rosakkan “relief valve” atau alihkannya daripada alat pelaras. Relief
valve bertindak sebagai pelindung kepada kawasan tekanan rendah pada pelaras
daripada tekanan tinggi.

- Pastikan silinder sentiasa berada di dalam keadaan tegak dan terkawal.

- Jangan jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana injap di silinder.

- Sentiasa pastikan tudung keselamatan untuk injap berada pada kedudukannya
semasa silinder dipindahkan atau distorkan (sama ada penuh ataupun kosong).

- Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras semasa membuka injap
selinder dan  sebaiknya berdiri di dalam keadaan injap silinder berada di antara
anda dan alat pelaras.

- Sentiasa buka injap silinder dengan perlahan dan cermat.

- Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sistem sebelum muncung (torch) dinyalakan.

- Periksa kebocoran pada alat pelaras dan sambungan injap silinder. Jangan
lakukan ujian dengan menggunakan api, sebaliknya gunakan larutan khas untuk
mengesan kebocoran.

- Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan jauh dari orang lain, perkakasan dan
sebarang bahan yang mudah terbakar.

- Apabila kerja telah selesai, periksa tempat lerja daripada kemungkinan api atau
bahan yang membara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment