PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KIMPALAN DAN ALAT OXY-ACETYLENE |
|||
Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian, pemotongan
dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alat Oxy-Acetylene, anda
dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi
borang ‘Hot Work Permit’. Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan
oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir. Alat perlindungan keselamatan yang
sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety
goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan
dipakai di sepanjang masa kerja.
Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.
Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.
Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka:-
- Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh.
- Jangan sentuh bahagian elektrik yang
terdedah dan mengalirkan arus.
- Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan
sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik.
- Elakkan daripada mengimpal ditempat
yang basah atau lembap. Jika ianya
tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan
berdiri di atas platform yang
kering.
- Mesin kimpalan perlu dibumikan terus
kepada bahan yang dikimpal dan
seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan
dilakukan.
- Gunakan pemegang elektrod yang
mempunyai salutan penebat.
- Pastikan semua sambungan elektrik
adalah kemas, bersih, kering dan
berpenebat.
- Jangan cuba untuk membaiki bahagian
elektrik di dalam mesin kimpalan atau
di dalam panel kawalan.
- Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel
kimpalan mempunyai salut
penebat.
- Jangan belitkan kabel di keliling badan
anda.
- Jangan gunakan kabel yang penebatnya
telah haus, merekah, terkoyak dan bocor.
- Pastikan kabel mesin kimpalan tidak
menghalang laluan pekerja lain dan
gulungkan kabel tersebut selepas digunakan.
- Matikan suis mesin kimpalan apabila
tidak digunakan.
- Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan
membakar kulit.
- Lindungi mata anda daripada pancaran
arka. Pakai pelindung muka (welding
shield) yang mempunyai penapis gelap (filter
shade) yang sesuai.
- Pakai alat perlindungan keselamatan
yang sesuai untuk kerja kimpalan dan
pastikan ianya berada di dalam keadaan
yang baik.
- Jangan lakukan kerja kimpalan
berdekatan dengan tempat operasi menukar
gris kerana pancaran arka boleh
menukarkan wap menjadi gas yang bahaya.
- Lindungi orang lain daripada pancaran
arka dengan menggunakan skrin
pelindung atau penghadang.
- Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses
kimpalan boleh
membahayakan kesihatan anda.
- Jauhkan kepala anda dari terhidu asap
kimpalan. Jangan berada terlalu dekat
dengan arka.
- Adakan pengudaraan (ventilation) atau
penyedutan asap (exhaust) yang
mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari
zon pernafasan anda.
- Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan
kawasan
bersuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan
kebakaran.
- Pastikan tempat kerja bersih, kering
dan jauh daripada sebarang bahaya.
- Adakan alat pemadam api yang
bersesuaian berdekatan dengan sumber api,
bersedia untuk tindakan dan perlu
tahu menggunakannya.
- Jangan lakukan kimpalan berdekatan
dengan cecair atau gas yang mudah
terbakar, mudah meruap atau mudah meletup.
- Alihkan semua barangan yang mempunyai
kemungkinan bahaya terbakar
daripada kawasan kimpalan.
- Jangan lakukan kimpalan berdekatan
dengan tangki bahan api.
- Jangan lakukan kimpalan pada bekas,
tong atau tangki yang mengandungi
bahan mudah terbakar atau bahan yang
merbahaya.
Langkah keselamatan semasa menggunakan alat Oxy-Acetylene:-
- Gas bertekanan tinggi tidak boleh
digunakan terus daripada sIlinder tanpa alat
pelaras pengurangan tekanan.
(Pressure Reducing Regulator).
- Awas! Minyak atau gris akan menjadi terlalu mudah terbakar atau meletup dengan
kehadiran oksigen.
- Sentiasa pastikan alat pelaras bebas
dari minyak atau gris. Jangan gunakan
minyak atau gris pada alat pelaras,
silinder dan sambungan.
- Jangan rosakkan “relief valve” atau
alihkannya daripada alat pelaras. Relief
valve bertindak sebagai pelindung
kepada kawasan tekanan rendah pada pelaras
daripada tekanan tinggi.
- Pastikan silinder sentiasa berada
di dalam keadaan tegak dan terkawal.
- Jangan jatuhkan atau kenakan
api pada mana-mana injap di silinder.
- Sentiasa pastikan tudung keselamatan
untuk injap berada pada kedudukannya
semasa silinder dipindahkan atau distorkan
(sama ada penuh ataupun kosong).
- Jangan berdiri di hadapan atau di
belakang alat pelaras semasa membuka injap
selinder dan sebaiknya berdiri di dalam
keadaan injap silinder berada di antara
anda dan alat pelaras.
- Sentiasa buka injap silinder dengan
perlahan dan cermat.
- Sentiasa adakan ujian kebocoran pada
sistem sebelum muncung (torch) dinyalakan.
- Periksa kebocoran pada alat pelaras
dan sambungan injap silinder. Jangan
lakukan ujian dengan menggunakan api,
sebaliknya gunakan larutan khas untuk
mengesan kebocoran.
- Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan
jauh dari orang lain, perkakasan dan
sebarang bahan yang mudah terbakar.
- Apabila kerja telah selesai, periksa
tempat lerja daripada kemungkinan api atau
bahan yang membara.